Kumpulan Bumiputra Rockers adalah sebuah kumpulan penyanyi rock Malaysia yang mula dikenali ramai setelah menyertai "Pesta Hiburan Kingsway".
Bumiputra Rockers merupakan sebuah kumpulan pop/hard rock yang ditubuhkan oleh anak-anak Johor Bahru.

Selain itu ahli-ahli kumpulan bumiputra rockers ini juga adalah gabungan dari bekas ahli kumpulan pecah seperti Titanic, Hurricane, Purple Grass dan Split Times, kumpulan ini juga diilhamkan oleh Ramli Sarip yang digelar Raja Rock, dan diurus oleh Wan Redzmann yang merupakan seorang pelumba kereta yang terkenal dan juga merupakan bekas pengurus kumpulan Sweet Charity.
Kumpulan BumiPutra Rockers ini mula terkenal sejak era 80an lagi. Pada tahun 1987 BumiPutra Rockers telah merakamkan sebuah album sulung iaitu Selamat Pagi Malaysia,yang memuatkan lagu-lagu seperti selamat pagi Malaysia, Untuk apakah lagi, Gua musang, Juwie juwie juwie, Mana, Tergendala, dan banyak lagi.


Kumpulan ini juga telah banyak merakamkan album seperti, Selamat Pagi Malaysia(1987), Bisa(1988), Kelab Jiwa Luka(1990), Era 90'an(1991), BPR 97(1996), Akustik and Unplugged(1999), Semangat Melayu(2001).